kiSah maKhLuK kesayaNgaN naBi

Assalamualaikum kwn2 n slm sejahtera bg non muslim, ni kucing kesayangan saya...saja nak berkongsi cerita. Haiwan kesayangan ramai ini memang sangat istimewa. Ada orang sangat2 sukakannya, tetapi ramai juga yang tak gemarkan haiwan manja ini. Kucing la haiwan yg plg rapat dgn manusia…haiwan yg plg memahami perasaan manusia…walau benci or x suka sekalipun pd haiwan yg bernama kucing, jgn la smpai pukul yg blh mengakibat kan luka or darah…

Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, "Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi." Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi."

Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat syurga dan neraka ketika shalat gerhana. Di dalam Shahih al-Bukhari dari Asma binti Abu Bakar ra bahwa Rasulullah S.A.W bersabda, "Lalu neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, 'Ya Rabbi, aku bersama mereka?' Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, 'Bagaimana ceritanya?' Mereka berkata, 'Dia menahannya sehingga mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan." Nafi' berkata, "Menurutku dia berkata, 'Mencari makan dari serangga bumi." Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah S.A.W yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahawa wanita itu berasal dari Bani Israil. Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasal dari Himyar.

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di dalam hatinya terdapat belas kasihan, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenali oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tinggal di rumahnya, dia mungkin sahaja memberinya makan dan minum. Rasulullah S.A.W telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan, maka dia harus melepaskannya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan. Lebih-lebih lagi, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut daripada sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya. Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke dalam neraka. Rasulullah Sallahu' 'Alaihi Wassalam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.

Anda mungkin mempunyai cerita menarik untuk dikongsi mengenai sahabat manusia ini....