kawaN atau laWaN

kiTa kaWan
duDuk maKan saMa2
janGan kaWan maKan kaWan!
JanGan kaTe blaKanG2

KiTa teTap kaWaN
DuDuk semBanG saMa2
JanGan tiKam daRi blaKanG!
Lidah itu tidak bertulang

KiTa teRus jaDi kaWan
BerGanDing seiRinG jaLan
JanGan piJak kePaLa kaWaN!
KeRaNa naK keJar iMpiaN

SiaPa kaWan siaPa laWan
MenanGis taWa suSah seNanG
MaSa yg meNentuKan
kiTa daH keNal siaPa kaWan siaPa laWaN..

DURIAN OH DURIAN...





Slm...Skrg ni musim durian, bagi peminat durian cm sy, dlm keadaan tak sihat, batuk & selesema cmane skalipun pasti taknak ketinggalan merasa buah ni, tambahan lak kt tmpt tinggal sy byk pokok durian, agak menjadi jgk buah durian tahun ni.


Hmm, tgk kt pokok ade la jgk bekas kena tebuk tupai kt bbrp biji durian, tp tak kesah la, rezeki yg Allah bagi bkn milik kita saja, tapi haiwan pun berhak menikmati rezeki tersebut. Allah Maha Penyayang. Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah. Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya, maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah, juga lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya. Tanda-tanda kasih sayang Allah itu ada di segenap alam, setiap makhluk Allah diberikan nikmat rezeki dengan kasih sayang-Nya.

Malam tadi, tetiba rasa nak mkn durian, kebetulan ade 5biji buah yg baru jatuh dari pokok. Sy pun amik pisau & mula la kupas sebiji demi sebiji..wahhh, isinya berwarna kekuningan, rase lemak manis penuh berkrim, tak tau la jenis D24 or berapa, nak tau kena tanya abah lar coz dia la tuan punye pokok, wahaha...Abis jer sebiji, sy pun kupas lagi yg lain, kali ni rase nk bt tempoyak lak, mak rajin gk masak lemak ikan patin+tempoyak, pedas menyengat, memg terangkat bak kate Sherina Ridzwan dlm Jln2 Cari Mkn.

Berbalik kpd cter pasal durian td, masa tgh kusyuk duk ngupas durian, ntah cmane tibe2 tangan sy terkena durinye, memg sakit, lukanya panjang cm kena hiris pisau, coz masa durian tu dikoyak, jari sy kt bwh kulit durian tu, sy xsedar tindakan refleks menarik tangan sy spantas kilat tlh membawa padah dan membuatkan luka spt tu. So lepas nie, sy akn igtkn diri sy agar tak bt cmtu lg, agak2 seminggu baru pulih. Korang sume pun jgn bt cmtu, k...

aduhai ikan kaloi ku...























Haaa kengkawan, ikan kaloi Sabah ni warnanya merah, bese ikan kaloi warna kelabu kehitaman kan, abah dpt masa die g tgkp ikan bbrp thn lepas, asalnye sekecil tapak tgn budak jer dlu, tp skg ni dh jd beso berkali2 ganda, makanan fvrte die kangkung lar, xpun bg jer pallet, abis die telan.




projek salak madu aBah...tengterengggg..




Kt umah ni mcm2 pkok ade, durian, rambutan, mempelam, manggis, salak madu, ape lg ek..haa, petai n jering pun ade, haha..brkat usaha abah yg rajin tanam pokok buah2an kt kwsn sekeliling umh..alhamdulillah, syukur pd-Mu Ya Allah, thn nie menjadi tul buah2 kt kebun..yg pling best, salak madu r, mencabar keimanan nk amik buah tu, ngn duri2nye yg tjm kt pelepah, fuhh..kalo kne smgu lum tentu sembuh. Kene hati2 lar kn. Tp xkesah la, buah tu sedap, skali mkn nk lg, ha2..

lahirnya die...




Kucing2 sy nie lahir kat mane pun xtau. Tgk2 dah ade kat trowong depan umh. Tgk mak pun cam nak amik die jd anak angkat. Tp abah lak xbagi. Terpakse la sorok2 kat dalam bilik, time die lapar, bagi susu pekat je bt alas perut, umah ni mane de bdk kecik nk bg susu tepung. Tapi xpela, sekurang2nya die dapat minum sementara nak membesar. Mak die? Entah lar...kejap ade kejap xde, cam cipsmore lak, hehe...

Skg nie usianya dah mencecah lbih kurang 11bulan la kot, tak cnfem coz masa jumpe tu awl bulan puase tahun 2009, wkt tu mybe umurnye dah 2minggu.

kiSah maKhLuK kesayaNgaN naBi

Assalamualaikum kwn2 n slm sejahtera bg non muslim, ni kucing kesayangan saya...saja nak berkongsi cerita. Haiwan kesayangan ramai ini memang sangat istimewa. Ada orang sangat2 sukakannya, tetapi ramai juga yang tak gemarkan haiwan manja ini. Kucing la haiwan yg plg rapat dgn manusia…haiwan yg plg memahami perasaan manusia…walau benci or x suka sekalipun pd haiwan yg bernama kucing, jgn la smpai pukul yg blh mengakibat kan luka or darah…

Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, "Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi." Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi."

Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat syurga dan neraka ketika shalat gerhana. Di dalam Shahih al-Bukhari dari Asma binti Abu Bakar ra bahwa Rasulullah S.A.W bersabda, "Lalu neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, 'Ya Rabbi, aku bersama mereka?' Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, 'Bagaimana ceritanya?' Mereka berkata, 'Dia menahannya sehingga mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan." Nafi' berkata, "Menurutku dia berkata, 'Mencari makan dari serangga bumi." Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah S.A.W yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahawa wanita itu berasal dari Bani Israil. Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasal dari Himyar.

Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di dalam hatinya terdapat belas kasihan, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenali oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tinggal di rumahnya, dia mungkin sahaja memberinya makan dan minum. Rasulullah S.A.W telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan, maka dia harus melepaskannya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan. Lebih-lebih lagi, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut daripada sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya. Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke dalam neraka. Rasulullah Sallahu' 'Alaihi Wassalam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.

Anda mungkin mempunyai cerita menarik untuk dikongsi mengenai sahabat manusia ini....

mia n meon forever...














Kalo bermain, bapak la buasnya mia & meon ni, sape2 yg tgah jalan, die bt kaki kite ni mcm ngah tgkp tikus, lari2 n trus berpaut kt kaki, main gigit2 & kadang die menggelongsor kt sejadah wkt ngah solat, geram pun ade, tp kdg2 rase lucu lak. Hmm, silap aribulan leyh tersungkur dibuatnya.